Sempena cuti Tahun Baru Cina, ramai yang bercuti sehingga hari semalam (Selasa 16 Feb 2010). Setelah mendapat banyak permintaan dan persetujuan dari ramai rakan-rakan yang berminat untuk mencuba di kawasan ini, hari Selasa 16 Februari 2010 telah ditetapkan dan 11 orang peminat basikal gunung MTB termasuk penulis menyahut cabaran ini.
Seperti biasa penulis bertindak sebagai penganjur sukarela dan menhantar pesanan ringkas kepada rakan-rakan untuk memastikan kelancaran program ini. Terimakasih kepada yang membalas pesanan ringkas tersebut dan yg tidak berminat anggap sahaja pesanan ringkas tersebut sebagai pemberitahuan.
Antara yang hadir pada pagi semalam adalah Bro Zamri, Zack, Cupin, Along, Mus, Cito, Salleh, Farhan, Ady, Bro Rosli (geng langat.. betoi ke nama dia) dan penulis. Kayuhan di mulakan agak lewat selepas masing-masing menghabiskan sarapan pagi. kayuhan mula pada pul 8.45pagi.
Permulaan 10 km pertama menghidangkan laluan mencabar hampir 65% mendaki, 90% ladang kelapa sawit dan laluan berkembar, 10% single trail, dan hampir 85% tiada kanopi. denagn cuaca yang agak panas memeritkan pendakian sehingga 180m dari aras laut. Setiap yang mendaki mesti akan ada yang akan turun bukit. Seletah agak penat mendaki, menuruni bukit adalah bonus yang menjadi indaman kepada peminat downhill. Downhill yang agak panjang telah mengembalikan tenaga kayuhan masing-masing.
Dalam pukul 10.45pagi, kami sampai di jalan utama dan singgah di gerai berdekatan (CP1) untuk menghilangkan tenaga dan mengisi perut. Kayuhan di teruskan semula dalam pukul 11.20pagi.
Mula-mula dah dihidnagkan dengan merentasi sungai yg cetek dan masing-masing mengelak untuk membasahkan kasut masing-masing. Ada juga yang tidak berjaya dan terpaksa membasahkan kasut mereka.


Trail kedua ini menghidangkan pemandangan dan laluan yang bercampur-campur dan amamt sesuai kepada yang cintakan keindahan alam semulajadi. Dusun durian, kebun sayur, ladang kelapa sawit, ladang getah adalah antara yang perlu ditempuhi disepanjang laluan kedua ini.
Kayuhan berhenti beberapa ketika untuk menungu rakan yang di belakang dan agak kepenatan dan hampir kram. Bukit yang paling tinggi untuk CP2 ini adalah setinggi 170m dari aras laut. Di sini kami berpecah kepada du a kumpulan kerena jam sudah menunjukkan jam 1 tengahari dan ada rakan yaang terpaksa pulang awal. Cupin berpandukan khidmat GPSnya mengemudi rakan di group pertama pulang ke tempat letak kereta manakala penulis membawa kumpulan kedua. Kami terpaksa melupakan satu lagi laluan yang agak menarik tetapai ada pendakian dan memutuskan mengikuti laluan jalan raya selepas merentasi satu lagi anak sungai. Kali ini kasut tidak dapat di selamatkan dan basikal di pikul untuk ke seberang sungai. jam sudah hamoir pukul 1.50 ptg dan jarak sudah hampir 21km. Laluan pulang agak landai dan mengikut jalan rayta utama. Kumpuilan kedia sampai di tempat letak kereta dan singgah di kedai cendol yang sudahpun di duduki oleh kumpulan pertama tadi.
Hampir pukul 3.00ptg kami pun bersurai dan rakan2 dari Hulu langat, Ampang dan Cheras memnagbil jalan kampung ke Batu 14 Hulu Langat untuk pulang ke rumah masing-masing.
Begituah serba sedikit coretan Kayuhan di Lembah semenyih yang seakan -akan mini jambori. Lain kali kami bercadang untuk kayuhan di bahagian kedua sahaja yng melipui hampir 20km.
Bertemu lagi di kayuhan rentas desa seterusnya.
Untuk rekod trail dan elevation dari GPS penulis.


















