
Profil mukabumi: Dari laman blog http://adiharriman.com
Jarak: 48-52km
Maximum: 150m
18km pertama agak landai. Selepas tu kena layan bukit-bukit.
18km pertama agak landai. Selepas tu kena layan bukit-bukit.
Kalau 50km dan purata kelajuan adalah 10km/h. Boleh habiskan kayuhan ni dalam masa 5 jam.
Peta Jambori: Dari laman blog http://adiharriman.com

Gambar Trail: Dari http://adiharriman.com/gallery/thumbnails.php?album=17
Dari gambar trail yg di paparkan oleh blogger Adiharriman, basikal yg sesuai adalah dari jenis XC hardtail atau full sus kerana basikal jenis ini ringan dan mudah mendaki bukit-bukit yang tinggi.
Kali ini hanya penulis sahaja yang menggunakan nama Beskal.com sebagai Team yang diwakili dan rakan-rakan lain mengunakan nama kumpulan lain yang mereka rasakan sesuai untuk mereka. Mungkin tiada insentive atau malu menggunakan nama Beskal.com, tapi penulis akan tetap menggunakan nama team Beskal.com walaupun hanya seorang. Dan itulah yang akan berlaku di Seri Iskandar hanya penulis seorang sahaja wakil tunggal Beskal.com.
Hanya tinggal 1 hari sahaja lagi untuk persediaan. Selamat berjambori dan bergembira di hari Ahad ini dengan apa yang akan disajikan oleh pihak penganjur SIT. Harapannya adalah yang terbaik supaya lepas kerana yang baik selalunya akan mendapat pujian dan yang buruk selalunya akan mendapat penghinaan atau cacian.
Sekian. Fikir-fikirkan lah
Selamat Berbasikal untuk rakan-rakan dan Team Beskal.com .
Rancang untuk Ke Seri Iskandar Rakan-Rakan Beskal.com
Berikut adalah rancangan untuk ke Seri Iskandar.
1. Kereta Kaylah : Kaylah, Haitsan, Payed dan Abg Zamri - Bertolak pagi Sabtu
2. Kereta Zack : Zack dan Adi - Bertolak petang Sabtu
3. Kereta Cupin: Cupin, Ken dan Farhan - Bertolak petang Sabtu
4. Kereta Mus/Along : Mus dan Along - Bertolak pagi Sabtu.
Strategi Team Beskal.com:
Kayuhan: 0-0-1 ( Rahsia)
Matlamat: Menamtkan Kayuhan di semua Cekpoint dan dapat Medal. Kalau dapat nombor kecil tu kira bonus lah.
Nombor: 399 ( 3 kali berhenti, Purata kelajuan 9km/h, 9 kali minum air)


















