Beskal.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Pahit Manis di Seri Iskandar Jambori 2010.

E-mail Print PDF

Seri Iskandar yang terletak di Tronoh Perak menjadi destinasi untuk kayuhaan basikal bukit pada 21 Februari 2010 yang lalu.

Penulis berkongsi kereta bersama kereta Bro Cupin(Shahrizman) dan Bro Farhan dan bertolak ke Seri Iskandar lebih kurang pul 3.45ptg hari Sabtu 20 Fenruari 2010. Kami singgah di hentian rehat dan rawat di Tapah untuk solat dan makan malam sambil menunggu Bro Zack dan Adi sampai. Dalam pukul 8.00mlm , kami meneruskan perjalanan selepas menunaikan solat magrib dan isyak serta makan malam di hentian Tapah. 

Sedang sibuk bercerita di dalam kereta, tiba-tiba Bro Farhan menyapa dan bertanya kenapa suhu air kereta Cupin sampai 120  degree.dan dan maksimum, kami tersentak dan Bro Cupin segera memberhentikan kereta nya. Parkir di laluan kecemasan dan memasang lampu kecemasan, kami mebuka bonet depan dan kelihatan hos air dari radiator ke engine sudah pecah. Petugas PLUS sudah [un meletakkan kon keselamatan di belakang kereta kami.

Tanpa disedari, pemandu tow truck sudah berada bersama kami dan menawarkan pertolongan untuk membaiki kereta kami. Setelah bersetuju untuk bayaran RM90 untuk banatuan alat ganti hos air dan service, pemandu tow truck itu menghubungi rakannya. Setelah hampir 30 minit menuggu, alat ganti pun sampai dan mekanik lebuh raya pantas menukar hos tersebut. Memasukkan air dan dengan semangatnya di memeritahu kamii yang kereta ini mengalami kerosakan head gasket. Penulis menggunakan pengalaman berkereta sebelum ini untuk mencuba dan menberi cadangan untuk cuba memmandu kereta ini sehingga ke hentian Gopeng yang hanya kurang 8km dari tempat kejadian. Mekanik cuba menakut-nakutkan kami dengan tidak memberi harapan yang kereta ini akan lebih teruk jika di bawa begerak. 

Penulis mengunakan lampu basikal,  memeriksa semula ruang engine dan meninjau kalau ada apa apa yang bocor seperti minyak hitam atau yang lain-lain. Mengubungi PLUS untuk bantuan Tow Truck. Kami kemudiannya mengmbil keputusan untuk mencuba membawa kereta sampai ke hentian Gopeng. Hanya dalam 500m sahaja, suhu air kereta sudah memcecah maksimum dan kereta di berhenti semula di laluan kecemasan.

Bro Cupin dan Bro FArhan mengambil sumula kon keselamatan. Mekanik tadi tiba semula di lokasi dan sekali lagi berkata yang kereta ini perlu tukar head gasket dan menawarkan harga RM350 untuk kerja-kerja tersebut. Penulis tidak memberi harapan kepada mekanik tersebut dan kalau terdesak kami akan kayuh basikal dari Gopeng ke Seri Iskandar. Mekanik yang berketurunan India itu pun kemudiannya berlalu dan meninggalkan business kad nya.

Dalam 8 minit kemudian, PLUS peronda pun sampai danmemberikan bantuan. Menambahkan air radiator dan mengetuk-ngetuk komponent engine yang termostat ada didalamnya kerana mungkin termostat stuck . Engine di pasang dan suhu engine di bawah 90 degree. PLUS peronda masih dibelakang kami. Bro Cupin pandu kereta dalam 60 km/h saja. Akhirnya berjaya juga sampai di hentia Gopeng. DI hentia ini kami membersihkan diri dan memeriksa kembali suhu kereta. Shu kembali panas sehingga 100 degree.

Pangilan dari rakan-rakan bertubi-tubi untuk memberi bantuan mana yang boleh. Seorang mekanik telah di panggil dai pekan gopeng untuk memeriksa kereta Bor Cupin ini. Penulis kemudiannya memeriksa kota fuse dan relay kereta Waja Bro CUpin ini keranamendapati, kipas penyejuk radiator tidak berfungsi  . Penulis hanya membetulkan kan kembali relay-ralay dan fies tersebut dan ada antara relay-relay tersebut yang agak longgar. Setelah penyaman di pasang, barulah kipas berpusing dan itulah masalahnya dari mula lagi yang menyebabkan hos air pecah disebabkan terlalu panas.

Setelah hampir 10minit engine di pasang dengan penyaman udara , suhu air engine masih di bwah 90 degree celcious dan kami mengabil keputusan bertolak ke seri Iskandar dan Jam sudah menunjukkan hampair 11.30 mlm. Selamat selamat sampi di Seri Iskandar dan makan tengah malam di gerai berdekatan. Badan terasa lagi penat dengan kejadian kereta rosak di lebuh raya. Berjaya juga menidurkan diri slepas pukul 2pagi.

 

Add comment


Security code
Refresh

Products

Find Us on Facebook

Beskal Ku

Create Your Badge

Event Calender

<<  Sep 2010  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
    1  2  3  4  5
  6  7  8  9101112
13141516171819
20212223242526
27282930   

Weather Forecast


Cycling Events

KL Mountain Bike C...
From 23.10.2010 Until 24.08.2010 08.00
KL Mountain Bike C...
BURUNG HANTU 2010
From 30.10.2010 Until 31.10.2010 19.00
Jamboree BURUNG HANTU 2010