Beskal.com

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size

Bukit-bukit dan panas terik di Seri Iskandar Jambori

E-mail Print PDF

Begitulah yang dapat di gambarkan dengan suasana di Seri Iskandar pada pagi 21 Febuari 2010. Bangun seawal pukul 6.15pagi, persiapan untuk ke tempat permulaan jambori seri Iskandar teratur dan terancang. Menginap di homestay berdekatan Taman Universiti dengan sewaan RM150 sehari, hanya 3km dari Dataran SIDEC tempat bermulanya jambori ini, kami berpakat mengayuh dari rumah tersebut. Haitsan, Kaylah, Abg Zamri, Payed, Zack , Adi, Mus, Along Daud, Cupin, Farhan dan penulis adalah rakan-rakan kayuhan 1M1MTB, Keliwon Nit ride dan Offroad Beskal.com.

Sampai sahaja di Dataran SIDEC, CP1 stiker sudah di tempelkan di nombor plat jambori masing-masing. jam masih lagi pukul 7.15pagi. Singgah di gerai berdekatan untuk makan pagi. Ramai juga bertemu dengan rakan-rakan seperjuangan antaranya, Bro Ijass dan kumpulannya dari Kuala Selangor, Nasir dan geng RadialMTBnya, PujMAC , DUKECT dan lain-lain lagi. Kami kembali semula ke tempat permulaan. Bagaikan tidak bersedia, kayuhan dilepaskan tepat pukul 7.45pagi, masih ramai yang tidak perasan kayuhan sudah bermula.

10km pertama di hidangkan dengan laluan jalan raya yang panjang. Penulis menempatkan diri diantara 100 orang di kumpulan hadapan dengan kelajuan purata 30-33km/h. Permulaan offroad agak sesak, mula2 offroad dah ramai yg menolak. Ada juga yg tidak pedulikan ride dibelakang yg nak kayuh dan menghalang laluan. Satu etika yang tidak patut diamalkan di jambori basikal. Setelah layan 2 downhill, tayar hadapan penulis terasa berat dan pancit. Bro Cupin, Kaylah, Bro Zamri, Zack sempat juga berhenti rehat sebenar.

 

Gambar ihsan Facebook oleh Abe Chick 

Habis sahaja menukar tiub , penulis meneruskan kayuhan. kali ini agak berhati hati dengan downhil agar tayar tidak pancit lagi. Rakan-rakan 1M1MTB sudah pun berada di hadapan. Penlis kayuh konsistent sahaja dengan matlamat mahu menamatkan kayuhan di semua checkpoint. Banyak betul bukit yg kena didaki baik ada yang boleh di kayuh dan ade juga yang terpaksa menolak basikal.

Gambar Ihsan http://adiharriman.com/blog/  

Sekali lagi berjumpa dgn rakan-rakan 1M1MTB yg berhenti berehat. Penlis tidak berhenti sebaliknya meneruskan kayuhan sehingga ke CP2. hanya air sahaja yg dihidangkan di CP2. Alangkah bagusnya kalau ada pisang. kayuhan ke CP3 agak susah kerana perlu mendaki bukit yg ukar dikayuh. Sampai sahaj adi CP3, 100plus, air mineral dan epal menjadi hidangan lepaskan dahaga dan lapar. Kenapa iada pisang lagi di CP3, mungkin pisang lebih mahal dari epal kot.

Kayuhan diteruskan ke CP4, sempat juga bertemu dgn Bro Zamri dan Payed yg berehat, penulis meneruskan kayuhan, dan sampia di CP4, ada air minuman lagi, tiada pisang pun, atau makan untuk memberi sedikit tenaga. Dari sini sudah tingggal 10km ke CP5. Selaps CP4 ini lah penulis bertemu semula dengan Adi dan Along yg memintas penulis semula seblum ke lauan terakhr jalan raya.

Sampai di CP5 sahaja penulis terus memecut untuk merapatan diri dengan adi dan along sehigga lah berjaya merapati mereka sebelum garisan penamat dan di berikan kedudukan 238 yang merupakan ranking terbaik penulis di sepanjang jambori besar setakat ini. Yang paling penting adalah matlamat menghabiskan kayuhan dalam masa 5 jam dan purata 10km/h berhasil. Sampai di garisan tamat dalam pukul 12.40tgh dan di hadiahkan medal sukan oleh pihak penganjur. Terasa macam main sukan masa kanak2 dulu.

Ranking ini sebenarnya hanyalah untuk suka-suka sahaja kerana pihak penganjur tidak memeriksa betul-betul stiker yang berada di nombor plat peserta. Ada yang tidak habis semua CP pun dapat nombor ranking ini.Jadi boleh lah di anggap ranking ini tidak telus dan hanya untuk suka-suka sahaja.

Antara rakan-rakan 1M1MTB yang brjaya mendapat nombor ranking suka suka ini adalah Farhan(109), Mus(136), Along (236), Adi (237), Penulis (238), Bro zamri( 3XX). Ranking ini bukanlah pengukur kehebatan tetapi sekadar untuk mengetahui kedudukan tidak rasmi dan boleh digunakan untuk membantu peserta berlatih selepas ini. Yang penting adlah menyertai jambori dan merasai sendiri suasana di hari jambori. 

Trek Seri ISkandar ini memang mencabar dan sukar menepati kehendak peserta MTB yang inginkan kelainan. Minuman dan makanan yang boleh dikatakan sesuai walaupun tiada pisang, mungkin kat seri Iskandar tiada tokey pisang.

Cuma beberapa perkara yang mungkin boleh menjadi teladan dan ikutan untuk jambori seterusnya dan diantaranya adalah kalau boleh di CP1 sediakanlah makanan pemberi tenaga juga seperti pisang atau sandwitch pasal ramai yang mungkin tak sempat nak makan pagi pun. Penutupan CP4 yang dikatakan terlalu awal dan tidak dinyatakan di laman blog atau atucara majlis, makanan tengahari yang tidak mencukupi, apa gunanya kopun kalau semua orang boleh makan, rider patut di utamakan, , masalah jersi yang tidak siap, cabutan bertuah kalau boleh untuk yang dapat habiskan semua checkpoint barulah ada makna bila habiskan semua checkpoint. Dan juga kalau nak adakan ranking peserta, sila lah periksa setiap nombor plat yang mempunyai kesemua checkpoint dan catatkan nombor peserta untuk di paparkan di laman blog utama nanti.

Apa-apapun , Syabas kepada pihak penganjur  yang berjaya menganjurkan Jambori pertama tahun 2010 ini dengan jayanya walaupun ada masalah jersi dan makanan sedikit. Bukan senanag nak bawak timbalan menteri bersama-sama menjayakan aktiviti MTB ni, Mungkion lepas ni suara pengemar MTB dapat di dengar di parlimen untuk memasukkan pembelian basikal sebagai salah satu cara untuk mendapat pengecualian cukai pendapatan untuk rakyat juga selari dengan moto 1Malaysia Rakyat Didahulukan,  Pencapaian di Utamakan. 

Secara peribadi, penulis merasa Jambori ini adalah antara yang terbaik dari segi penganjuran dan juga trek yang mempunyai pelbagai cabaran sejauh 50km. Jersi yangmenarik, cenderahati dan makanan yang secukup rasa sudah cukup dan menjadi kayu pengukur untuk pihak penganjur yang bersungguh-sunguh menjayakan jambori ini.

Tahniah juga kepada rakan-rakan 1M1MTB dan Keliwon Nite RIde yang sama-sama menyertai jambori ini walaupun di saat-saat akhir.  Juga yang menggunakan baju dry fit Beskal.com semasa jambori ini semoga, laman Beskal.com ini boleh dikenali di seluruh Malaysia. Semoga selepas ini , akan ada yang berminat mengunakan nama Beskal.com dan memakai jersi Beskal.com semasa menyertai mana-mana jambori selepas ini.

Penulis berterimakasih kepada rakan-rakan yang membantu sepanjang perjalanan ke Seri ISkandar dan semasa jambori berlangsung. Mungkin ada ynag tak sempat nak tegur disebabkan tidak perasan atau terlalu penat. Yang paling penting adalah kepuasan berbasikal bukit dalam mencapai matlamat masing-masing .

Diharap selepas ini jangan segan jangan malu menggunakan nama Beskal.com sebagai nama pasukan anda. 

Sekian, bertemu kembali di kayuhan Beskal.com dan rakan-rakan sekutu seterusnya. 

 

 

Add comment


Security code
Refresh

Products

Find Us on Facebook

Beskal Ku

Create Your Badge

Event Calender

<<  Feb 2010  >>
 Mo  Tu  We  Th  Fr  Sa  Su 
  1  2  3  4  5  6  7
  8  91011121314
15161718192021
22232425262728

Weather Forecast


Cycling Events

KL Mountain Bike C...
From 23.10.2010 Until 24.08.2010 08.00
KL Mountain Bike C...
BURUNG HANTU 2010
From 30.10.2010 Until 31.10.2010 19.00
Jamboree BURUNG HANTU 2010